Semalam waktu begini saya sedang bercakap dengan emak di talian
.
Tanya khabar emak. Jawabnya sihat Alhamdulillah. Sedang buat apa emak? Lipat kain kata dia. Emak masak apa hari ini? Masak asam pedas ikan kembung, sayur bsyam goreng, ikan masin kedera dan sambal belacan. Sedapnya balas saya. Emak jawab... Dah agak Long akan jawab macam tu. Ceria suara emak di corong telepon bercerita, buat hati saya sangat gembira
.
Pagi tadi emak ada pergi mana mana ke? Ada jawab emak. Rancak emak bercerita. Dia pergi kelas mengaji Quran. Emak kata dia tidak mahu terlepas kelas pagi petang. Seronok belajar Quran Long, tenang hati. Duduk rumah sorang sorang tak buat apa, rugi masa. Kepala ingat bukan bukan. Risau tidak tentu arah. Masa muda tak merasa pergi kelas Quran. Dah tua baru ada peluang. Masa ini suara emak sedikit sayu
.
Alhamdulillah emak, jawab saya. Seronok Long dengar emak pergi belajar Quran pagi petang. Saya cakap dengan emak, dalam menuntut ilmu tiada istilah terlewat. Bagus tindakan emak tidak biarkan diri dalam kesunyian. Emak, Sedih buat kita jadi murung. Orang perempuan mudah ada perasaan sedih dan sunyi. Apa lagi jika sudah jadi balu, tiada tempat mengadu dan teman sembang di meja makan
.
Emak kata seronok berkawan dengan kumpulan ngaji Quran. Banyak emak belajar tentang tajwid dan ada juga tentang amalan amalan sunat yang Nabi SAW buat. Alhamdulillah jawab saya
.
Long, kawan emak yang paling mak sayang ada seorang ni. Ooo mak dah ada BFF ya. Usik saya. BFF tu apa? Tanya emak. Hihihi Best Friend Forever mak... Kawan sampai Syurga. Siapa kawan emak tu? Long kenal tak? Long Balik Kampung nanti ajaklah semua kawan ngaji mak makan makan. Boleh kenal BFF mak tu
.
Ermmm emak seronok sangat ada BFF ni. Banyak kongsi dengan emak hal hal agama. Mak syukur sangat ada dia. Alhamdulillah. Hari hari kongsi cerita tentang Rasulullah. Tiba tiba emak nangis. Dengar jelas esakan kecil di corong telepon
.
Alhamdulillah emak, Long pun gitu. Seronok ada kawan kawan Sahabat Quran Malaysia. Sentiasa ingat mengingati tentang ilmu Al Quran. Setiap hari kawan kawan ni berkongsi ilmu tanpa henti
.
Lama kami diam. Emak nangis saya pun nangis. Jika depan mata pasti kami berpelukan
.
Long, BFF emak tu nama dia Noorulazwaliza Noh. Anak emaklah BFF Emak. Perkongsian Long yang setiap waktu telah bawa emak sampai ke arah begini. Emak syukur ada anak yang bimbing dan pimpin emak ke jalan ini. Emak dah tua, entah esok entah lusa sudah tiada
.
Dengan suara sebak, emak menyebut. Insyaallah emak doa Long dan semua anak anak emak yang lain masuk syurga. Insyaallah berkumpul kita semua di sana ya Long bersama Arwah Ayah. Long, Emak teringat ingat Ayah
.
Hanya air mata mengalir, saya hilang kata kata
Al-Baqarah Ayat 128 Maksudnya - Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani
Saya sambung perbualan dengan emak selepas mengesat air mata yang mengalir dipipi. Saya dengar emak masih bersisa sedu sedan di hujung talian
.
4. Sebagai anak sulung. Long sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada adik beradik. Usaha mahu beri yang terbaik. Ini kerana emak dan ayah yang telah tunjuk kasih sayang yang tidak berbelah bagi pada Long. Dalam tegas emak dan Ayah. Terselit kasih sayang dan perhatian yang berpanjangan
5. Sebagai anak sulung emak dan ayah. Long sentiasa jadi tauladan kepada adik beradik. Walaupun adakalanya Long menangis tidak tertanggung dengan apa yang berlaku di sekeliling. Long tetap tunjukkan sentiasa kuat semangat. Long tidak boleh menangis depan adik adik bukan kerana Long tiada perasaan. Tapi Long tidak mahu semua jadi lemah
6. Sebagai anak sulung perempuan. Jika emak lihat Long ada sedikit keras kepala. Ia adalah untuk tunjukkan Long tegas dalam beberapa perkara. Tidak semua hal Long boleh berlembut. Tetutama hal kebajikan emak di kampung. Tanpa ayah disisi. Long tidak mahu emak berasa murung
7. Sebagai anak sulung, Long sentiasa berdikari. Tidak bergantung hidup dengan sesiapa. Emak usahlah bimbang. Semakin usia meningkat Long semakin tahu bawa diri. Imbangi hal keluarga sendiri, hal emak dan adik adik. Kerana asuhan emak dan ayah, Long mampu berdiri atas kaki sendiri sehingga kini
Emak, terima kasih lahirkan Long sebagai anak sulung. Terima kasih diatas setiap tunjuk ajar, nasihat dan kasih sayang yang emak berikan
.
Jangan nangis emak, nanti kita berbual lagi. Emak jangan lupa ngaji hari hari. fikiran tenang, hati senang. Jalan kaki keliling rumah setiap pagi. Tolak 3 putih. Insyaallah Otak cantik
.
Long... Sayu suara emak panggil saya. Ya emak, jawab saya. Doa sama sama ya, tahun depan kita pergi haji berdua. Allahu emak..... Setiap saat itu doanya dalam hati Long ni Mak. Insyaallah, emas pasti menjadi tetamu jemputan Allah SWT yang paling istimewa. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Mujib
Semalam saya hubungi keramat hidup yang saya rindui setiap hari
.
Saya tanya emak sedang buat apa tu? Emak jawab dia di rumah jiran dan sedang baca IQRA' 1. Saya tidak langsungkan pertanyaan mengapa IQRA' 1? Emak lancar mengaji. Saya biarkan pertanyaan itu dalam fikiran
.
Long, Emak dan kawan kawan blok ni belajar mengaji semula. Kami mula dari Iqra 1. Belajar tajwid. Macam ulang semula lah. Tiada istilah sudah pandai dalam menuntut ilmu kan Long. Macam Long selalu cakap padaemak
.
Saya menangis. Sebak. Saya seronok tengok emak bersemangat setiap hari dengan aktiviti di Felda. Jalan kaki pagi pagi dan mengaji. Saya cakap dengan emak. Long doa emak khatam Quran berkali kali tahun ini. Terima kasih jawab emak dengan suara menahan tangis sama seperti saya
.
Hujung bicara, emak cakap Long bantu emak boleh? Saya tanya bantu apa emak. Long dah minta Salwa Noh beli semua keperluan basah dan kering serta peralatan untuk Qorban lembu tahun ini. Bekas letak daging pun dah bincang tahun ini beli warna apa dan bentuk apa
.
Long yang itu mak tahu kau akan buat walaupun tak suruh. Yang ini maktahu juga kau setiap hari doa untuk emak. Tapi mak tak minta. Kali ini maknak minta dari engkau. Uishh dalam hati saya. Emak ni udah kenapa. Okmak, nak minta apa dari Long emak ?
Mak nak minta tolong Long. Doakan emak dijemput Allah ke Baitullah tunai Haji tahun depan. Saya sebak mengalir air mata dengar permintaan dari mulut seorang emak
Mak, insyaallah Long bukan saja doakan emak dapat jemputan istimewa Allah SWT tunai haji ke Baitullah. Malah insyaallah Long akan pimpin emak untuk Tawaf, Saei dan Melontar bersama sama
Insyaallah emak, kita berdua akan ke sana tahun depan. Menikmati indahnya Baitullah di depan mata bersama sama
.
Sahabat mukabuku. Aamiinkan doa saya agar tahun 2019 saya dan emak akan menerima jemputan Allah tunai Haji. Aamiin
Long, sebenarnya engkau sakit apa? Cuba kau cakap dgn emak ni. Sampai kena jumpa DrRizal Abu Bakar pakar otak
.
Akak tanya. Mana mak tahu pasal doktor rizal ni mak? Alaaa kawan kawan emak le cakap anak dia cerita. Engkau share kat Facebook. Diorang kata sampai kau jumpa pakar otak kat KL. Tapi mak tengok kau ok je. Makan dalam ke long? Stress kerja ke? Takut mak long. Suara mak bimbang
.
Along tak sakitlah emak. Jangan bimbang. Along sihat dan sihat dan sihat setiap hari insyaallah. Along ikut program Jihad sihat. Makan hidangan berkhasiat untuk otak dan badan. Bukan otak along tak betul emak. Kalau otak tak betul, perlu jumpa doktor pakar psikiatrik
.
Long nak sihat, otak cerdik, badan lentik. Ikut program sihat Dr. Rizal, pakar otak antarabangsa ni mak. Sihat melalui jaga makan
.
Oooo gitu. Bimbang emak engkau pantang pantang makan ni sebab lain. Kalau sebab nak sihat takpelah. Emak sokong 100%
.
Emak pun nak ikut jugaklah pantang nasi, pantang gula, pantang tepung. Akak senyum, Ehhh eloklah mak, sihat mak nanti. Akak sokong emak
.
Pantang jumpa long..... Makan. Umur pun dah hujung hujung ni. Rugi tak makan
Hihihihi
.
Mak niiiiii 😅
Setelah 2 hari di rumah Adinda Salwa Noh. Sampai giliran emak kerumah akak pula. 27.01.2018, emak sampai rumah akak. Anak anak akak gembira atuk datang. Macam macam nak minta atuk masak kan
.
Long, mak pergi pasar ikan pasir penambang. Salwa bawak. Jalan jalan tengok ikan segar, Mak jumpa telur ikan mayong. Sekilo 40.00 long. Makbeli 1/2 kg. Teringat emak, engkau suka makan telur ikan mayong. Banyak kali kau nyebut nak makan. Eh, Boleh ke engkau makan telur ikan mayong lagi long? Kan engkau dah tak makan macam macam sekarang. Marah pulak doktor otak engkau tu. Apa namanya? DrRizal Abu Bakar kan? Laju Emak bercerita jumpa telur ikan mayong yang menjadi kegemaran akak dari kecil
.
Emak, susah susah aje mak ni. Terima kasih mak. Sebak dada akak. Akak dah tua ni pun masih emak susah susah nak carikan makanan kegemaran akak. Ingat akak
.
Hari ini, akak cuti. Emak hidangkan telur ikan mayong asam pedas makan tengahari. Akak hirup berselera. Makan telur ikan penuh nikmat. Makhidangkan teh hijau juga. Takde gula long, kosong.... Sambil mak kenyit mata
.
Mak niiiii kelakarlah
JIHAD BAHAGIA
.
Hari ini, akak puas dapat bercakap dengan emak 1 jam. Tak sedar bergayut terlalu lama. Emak kongsikan rasa bahagianya. Bangga dengan 7 anak anak yang berjaya menguruskan majlis kahwin adik bongsu dengan jayanya. Emak berkongsi dengan tangisan dihujung talian. Emak kata dia bangga, anak dia bukan terdiri dari sesiapa. Tidak juga berharta namun telah membuat dia dipandang kaya oleh jiran dan keluarga. Akak cakap,mak.... Itu namanya kaya jiwa. Emak kata alangkah bahagianya jika ayah masih ada. Akak jawab, ayah tunggu emak dipintu syurga
.
Waktu akak peluk adik Hafizul Hakim di Peterana Chentanya. Saat salam restu bersama bonda. Adik bisikkan terima kasih kak long. Susah susah buat untuk adik majlis ni. Akak peluk dan simpan air mata. Akak takut gambar akak tak cantik dibuatnya. Akak bahagia dapat buat adik tersenyum bersama dewi hati pilihan keluarga dalam majlis penuh gembira dan bahagia
.
Waktu akak pergi program Public Speaking Mastery ( PSM) janda baik pada 2016. Yang akak cari bahagia. Yang akak kongsikan jauhi derita. Yang akak inginkan gembira penuh makna. Dan akak temui bahagia yang dicari. Allah beri adik beradik psm 13 orang yang tinggi budi ikhlas hati. Asbab itu akak dapat kembali bahagia yang kian sembunyi
.
Akak usaha mencari bahagia. Akak belajar kenali diri. Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan Mentor Jihad Bahagia akak. Banyak akak tahu tentang diri akak dari Sifu Metafizik Tuan Rozzani Din atau Abe Long ( AL). Beliau membantu kenali diri lebih dalam lagi dari hal diri sendiri, hal suami isteri, hal adik beradik, hal keluarga dan hal kerja melalui graf hayat. Tahun ini akak berada pada tahap good energy. Akak lebih fokus. Akak lebih tenang
.
Akak selalu ingatkan diri akak. Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya, tapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apapun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik. kebahagiaan yang sempurna terdapat pada seseorang yang sederhana tetapi dia memperlakukannya dengan istimewa.. ibarat kata orang "tak perlu miliki segalanya untuk bahagia, cukup jadikan apa yang sudah kau miliki saat ini sebagai alasan untuk berbahagia"

No comments:
Post a Comment