Long, raya cina ni mak nak pergi Terengganu. Cik Nah Kosnan ajak makpergi sana. Anak saudaranya kahwin. Boleh ke Long? Mak biasalah sejak ayah takde nak pergi mana mana tanya akak dulu
.
Jauh tu mak. Penat jalan jauh. Jem masa raya cina ni. Bimbanglah mak
.
Naik kapal terbang. Mana ada jem long. Sejam dah sampai. Akak jawab, Oooo naik flight. Oklah tu. Tak penat
.
Baju nak pi kerja kahwin dah ada mak? Kasut, beg tangan nak beli baru ikut warna baju mak nak pakai. Malam ni pergi cari kejap. Setapak central ada parkson
.
Alahhhh ko ingat mak macam engkau ke. Sekali pergi majlis, setiap kali tu mesti baju baru, kasut baru, beg baru. Membazir tu
.
Emak ni, biar le elok. Jauh jalan tu. Pakai yang mak suka. Barang kemas jangan lupa bawa, ada peluang melaram le puas puas mak
.
Tapi tu le. Mak dah tengok tengok tadi long. Kasut rimau kau, jubah rimau kau, beg rimau kau. Tudung lip lap engkau. Mak dah test. Elok je semua. Padan je dengan emak. Emak pinjam pakai pergi terengganu boleh long? Tak payah beli baru, membazir je. Pakai je apa ada dalam gobok engkau tu
.
Laaaa emak ni teringin leopard jugak ke?
Teringin long... Mak Nak jugak melaram macam engkau. Hihihi emak ni, lain macam tau
Emak menyertai pertandingan gubahan lipatan dari kain songket. Program ini diadakan sempena Sambutan Kembara Mahkota Johor. Tuanku Sultan Johor yang dikasihi rakyat jelata mencemar duli ke bumi bertuah kami
.
Emak gubah kain songket jadi bunga. Semalam tanya tak nak kongsi. Risau rahsia terbongkar di FB 😂
.
Emak bawa pulang hadiah tempat ke 3. Frust kata dia, tak jadi juara. Emak bawak balik hadiah tupperware. Kali ini benar benar tupperware long, bukan tippuware. Tergelak saya. Saya selalu kongsi dengan emak kata kata positif.Mak, hadiah apa yang takde dalam rumah emak, dalam almari pinggan mangkuk emak, dalam kotak barang kemas emak. Semua sudah ada. Anak anak beri tak ikut peristiwa. Asal balik jumpa emak, bawa hadiah tanda ingatan. Yang pentingnya emak bersama sama menyertai setiap program yang ada di kampung. Support pengurus Felda kita. Nanti bahagia datang. Emak sihat ceria bersama kawab kawan
.
Umur emak saya 70 tahun. Dia Wanita cekal jiwa baik hati. Ayah sudah tiada disisi, emak sepi. Anak anak jauh merantau cari rezeki. Sahabat sekampung jadi teman sejati. Insyaallah emak akan sentiasa didalam lindungan dan kasih sayang ilahi . Aamiin aamiin aamiin
Semalam sewaktu mesyuarat. Suami hantar mesej. Emak mahu pergi rumah busu. Boleh atau tidak?
.
Mesej dihantar jam 9.00 pagi. Saya baca jam 11.00 pagi
.
Saya jawab. Malam ini jam 8.00 kita gerak. Hantar emak rumah busu di Salak Jaya
.
Suami maklumkan, emak sudah berada di Salak Jaya. Ermmm apalah yang hendak dikata
.
Busu Noi adik emak. Perempuan 4 orang. Emak nombor lima. Yang masih ada Mak Busu di Salak Jaya, KL dan Mak Ngah di Alai Melaka
.
Emak kata sebelum pergi umrah 11.04 ini. Niatnya mahu bertemu adinda dia. Nanti ambil mak hari jumaat ya Long. Mak jalan rumah busu tak lama
.
Mereka berdua telah kehilangan tempat bermanja. Mengadu dan bercerita. Tiada ibu, tiada bapa dan suami tercinta. Semua sudah pergi mengadap ilahi mendahului mereka brrdua
.
Insyaalah kedua dua wajah kesayangan hamba. Setiap saat didalam jagaan dan dakapan kasih sayang Allah SWT sepanjang masa
.
Sayang emak
Hingga ke syurga. Insyaallah
Ya Allah, aku sujud syukur kpd mu ya Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang. Yg menyempurnakan setiap hajat hambanya.
.
Mengiringi emak masuk ke balai berlepas dgn air mata kala emak memegang erat tanganku sambil berkata terima kasih kak long. Makterhutang budi. Jaga adik2. Tengok abg cik ( adik istimewa ).
.
Emak, selagi nyawa dikandung badan. Emak & adik2 keutamaan kak long.
.
Alhamdulillah. Semua azam 2015 telah tertunai. Terima kasih kepada semua sahabat syurga tanpa hisab yg mengaminkan azam 2015 saya yg lalu. Especially to cik puan Norlidah Abdul Rahman yg byk memberi sokongan sewaktu saya kongsikan niat ini.
🌹💖

TENTANG APRIL
.
Selamat hari lahir ayah. Takde apa kak long nak beri, sambil tanganku menghulur beg kertas dengan tulisan BONIA kepada ayah. Dia ambil sambil mulut mengomel. Sudah banyak jam ayah long, bukan kemana nak dipakainya. Apalah susah susah long, banyak habis duit. Simpan duit jangan boros long. Panjang omelan ayah

Ayah, cepat sikit pakai baju. Kejap lagi nak potong kek. Riuh mulut minta ayah bersegera untuk potong kek hari lahir. Haaa dah siap ni, ayah pakai tshirt dan kain pelikat. Lebih baik lah tu dari dia start motor pergi kedai jumpa kawan kawan, putih mata. Mana dia boleh diarah arah. Itulah ayah. Kata adik adik, dengan kak long ayah tak kata apa, ikut je. Kalau kami yang ngarah tentu sudah kena tengking
Sambutan hari lahir ayah yang ke 66 disambut seperti tahun tahun sebelumnya. Salwa Noh dan Wan Kriss akan buat BBQ. Jamuan simple bersama sahabat jiran tetangga rapat ayah, mak akan buat bubur putih bubur merah untuk dihantar kepada jiran jiran terdekat. Adik adik berkumpul. Memang meriah. Ini wajib setiap APRIL. Ayah, emak, uda Anul Spectra dan abg ngah faizal berkongsi bulan kelahiran yang sama
Namun 4 tahun ini, itu semua kenangan saja.
Hari lahir emak dan adik adik disambut tanpa ayah disisi. Ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama lamanya pada 24.06.2013.
Sempat menyambut hari lahir yang ke 66 bersama isteri anak dan cucu. Selepas majlis kecil yang ceria, ayah tengok aku dan ucap "long, terima kasih". Majlis ini kecil tapi sempurna. Rupanya itulah antara kata kata akhir sebelun ayah pergi menemui sang pencipta

Alfatihah buat yang paling dikasihi Ayahanda Noh Bin Mahmood. Hingga bertemu di Syurga Insyaallah
*** Gambar kenangan sambutan hari lahir ayah yang ke 66 tahun bersama emak yang ke 64 tahun
TENTANG APRIL
.
Long, masa ayah nak pinang mak engkau. Ayah cukup takut dengan pak andak. Dia baik tapi serius orangnya. Mak pulak latar belakang keluarga ada nama. Ada yang cikgu , ada jadi D.O, ada jadi imam. Tiada dalam keturunan keluarga emak engkau kahwin dengan penoreh getah

Rupanya, salah sangkaan ayah long. Bila ayah masuk meminang, Pak andak setuju tanpa banyak soal. Cuma dia minta jaga adik dia elok elok. Jangan kurang makan. Ayah tunduk mata berkaca. Suara serak. Lahhhh ayah ni, pilu lah pulak. Aku cuba mereda suasana. Tergelak kecil. Dalam hati aku pun sedih jugak. Begitulah ayah, bila aku balik kampung, ayah suka berkongsi cerita
Ayah lahir April. Emak lahir April. April juga Pak Andak kembali ke Rahmatullah menemui penciptanya. Semoga ayah, pak andak dan kita semua akan berhimpun Di Syurga Insyaallah
April yang penuh duka
*** Gambar kenangan sewaktu majlis resepsi Tuan Muda Zain Azrai Hamzah
Posing dengan emak cik besah sireh junjung Depan rumah Melaka di restoran golek golek.
Dulu dulu emak pesan, jangan duduk kat tangga. Nanti lambat laku. Nak jadi cerita tak duduk kat tangga pun anak pompuan mak yang sulung ni memang takdirnya lambat laku.
Sibuk kerja untuk settle buat rumah emak dan bagi adik adik habis belajar. Kalau bakal besan mak datang tak le tergolek pengsan tengok rumah papan peneroka. Bajet bajet masa tu memang dapat kahwin orang KL lah 🙄
Sekarang ni dah berusia, pesan emak berubah dah. Baik baik kat tangga long, tersadung jatuh tergolek golek nanti 😂
Emak hai la emak... Ada ada je
Rasa rasa lah...
Dapat tak saya mertua dari KL?
Cer teka?😊
Dapat tak saya mertua dari KL?
Cer teka?😊
No comments:
Post a Comment