Puan Noorulazwaliza Noh merupakan anak sulung kepada pasangan Habsah Mohamed dan Allahyarham Haji Noh Bin Mahmod. Dilahirkan di Felda Sri Ledang, Muar Johor dan di besarkan di Felda Kahang Barat Kluang Johor
Kehidupan masa kecil yang susah menyebabkan penulis sangat rapat dengan emak walaupun karektor seorang ibu bukan sahaja penyayang tetapi ada juga garangnya
Banyak ilmu kehidupan yang emak telah terapkan dalam diri penulis dan menjadi panduan hidup selagi nyawa dikandung badan. Emak walaupun seorang wanita kampung yang tidak tinggi pelajaran, namun emak seorang wanita yang tabah dan bijak dalam mengharungi kehidupan bersama suami dan anak anak
Emaklah insan pertama yang mengajar penulis tentang A,B,C dan mengira 1,2 dan 3. Semangat kuat semangat dan elak mengeluh tumpah ke diri penulis. Sentiasa bercita cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang yang diceburinya
Penulis sudah berkecimpung dalam dunia makanan dan minuman ( F&B) selama 25 tahun. Pada tahun 2018 ini, penulis mula berjinak jinak menulis ebook dengan genre Motivasi
Ebook pertama penulis ialah Dari Tanah Felda ke Laman Istana, Ebook kedua pula Anak Felda di Bumi Haramain
Penulis meminjam semangat emak untuk terus menulis dalam genre Motivasi pada masa hadapan
No comments:
Post a Comment