Friday, October 12, 2018

PENGENALAN

Ulasan Buku : Nota buat emak

Membaca ebook ini membawa saya menyelami kehidupan warga felda. Cerita tentang emak yang sangat rapat dengan penulis, walau orang felda yang tidak berkerja besar tapi kehabatan mendidik anak-anak dan kekayaaan jiwa membawa kepada kejayaan di hari tua. Betapa bahagia menjadi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berjasa.

T

TINTA PENGARANG

Bismillahhirrahmanirrahim...
Subhanallah... Walhamdulillah... Wa Laa ilaa ha illallah Wallahhu Akbarr..

Alhamdulillah ya Allah. Selautan syukur saya panjatkan pada Allah,Rabbul Izzati. Dengan izin-Nya dipinjamkan kekuatan, dilorongkan jalan, diruangkan masa, diberikan kesempatan untuk saya menyiapkan penulisan ebook ketiga saya ini. Dalam menanggung kesakitan akibat sakit belakang dan lutut, akhirnya penulisan ebook ini dapat juga diselesaikan dan diterbitkan. Alhamdulillah ya Allah...

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Guru Masayu Ahmad kerana tidak pernah jemu jemu membimbing saya sehingga selesai naskah ebook ketiga ini . Tidak lupa juga kepada penyunting ebook saya, Puan Zaila Hafni yang banyak membantu saya dalam penulisan ini. Saya budak baru belajar, masih perlukan banyak tunjuk ajar. Terima kasih kerana memberi saya peluang. Insya-ALLAH, Semoga langkahan saya ini dapat membina 1000 langkahan lagi untuk lebih berjaya sebagai seorang penulis di jalan Allah.

Ucapan terima kasih juga saya kalungkan buat bonda saya Habsah Binti Mohamed, Adik beradik saya yang enam dan semua sahabat mukabuku yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya dalam menyelesaikan Ebook ketiga ini. Buat yang teristimewa, suami tersayang Rozlan Zainal Abdin yang sentiasa sabar sepanjang ebook ini ditulis. Buat dua anakanda putera, ebook ini buat bacaan dan panduan kehidupan masa hadapan 


Dan tidak lupa juga saya ucapkan kepada hati-hati yang dekat di hati saya, yang memberikan inspirasi berhikmah. Terima kasih kepada kalian semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kalian lebih baik dari apa yang kalian berikan

Jazakumullahhu khairan kathira.. Insya-ALLAH, kita akan sama-sama teruskan perjuangan di jalan Allah ini. Semoga kita menjadi golongan yang istiqamah di dalam dakwah... Amin Allahhumma Aminn..



BIODATA PENULIS

Puan Noorulazwaliza Noh merupakan anak sulung kepada pasangan Habsah Mohamed dan Allahyarham Haji Noh Bin Mahmod. Dilahirkan di Felda Sri Ledang, Muar Johor dan di besarkan di Felda Kahang Barat Kluang Johor 

Kehidupan masa kecil yang susah menyebabkan penulis sangat rapat dengan emak walaupun  karektor seorang ibu bukan sahaja penyayang tetapi ada juga garangnya 

Banyak ilmu kehidupan yang emak telah terapkan dalam diri penulis dan menjadi panduan hidup selagi nyawa dikandung badan. Emak walaupun seorang wanita kampung yang tidak tinggi pelajaran, namun emak seorang wanita yang tabah dan bijak dalam mengharungi kehidupan bersama suami dan anak anak 

Emaklah insan pertama yang mengajar penulis tentang A,B,C dan mengira 1,2 dan 3. Semangat kuat semangat dan elak mengeluh tumpah ke diri penulis. Sentiasa bercita cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang yang diceburinya 

Penulis sudah berkecimpung dalam dunia makanan dan minuman ( F&B) selama 25 tahun. Pada tahun 2018 ini, penulis mula berjinak jinak menulis ebook dengan genre Motivasi 

Ebook pertama penulis ialah Dari Tanah Felda ke Laman Istana, Ebook kedua pula Anak Felda di Bumi Haramain 

Penulis meminjam semangat emak untuk terus menulis dalam genre Motivasi pada masa hadapan 

ULASAN KELAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Alhamdulillah, akhirnya siap juga ebook ketiga ini yang dilaksanakan secara penuh melalui online dalam keadaan menahan sakit belikat dan sendi lutut. Alhamdulillah 

Mesti ramai yang tertanya tanya bagaimana menulis ebook dalam kelas online? Boleh faham ke? pesan saya dalam hal ini Mesti Fokus dan ikut cakap guru. Jangan Skip menulis 

Dalam hal ini guru tanpa suara ini sentiasa pesan adakan buku nota untuk catatan harian. Displinkan diri untuk menulis laju. Idea akan mencurah curah pada 1/3 malam 


Saya diberikan tips untuk kekal momentum menulis. Bangun awal pagi, solat tahajjud dan mula menulis. Menulis memang semangat. Macam menulis diari tapi berdasarkan topik yang difokuskan. Wajiblah ada pengetahuan atau pengalaman berdasarkan topik tersebut

Saya yang tidak mahir menulis blog akhirnya sudah menulis 3 Ebook dalam masa setahun. Produktif sungguh ya hihihi

Penulisan ebook wajib mempunyai buku rujukan. Baca dan baca lagi. Tapi jangan duplicate 

Ebook saya semuanya genre Motivasi. Ebook pertama Dari Tanah Felda Ke Laman Istana. Ebook kedua Anak Felda Di Bumi Haramain dan Ebook ke 3 Nota Buat Emak di Tanah Felda 

Kelas ebook ini dibuka semula pada November ini. Oh, ya. Sebelum terlupa berbesar hati mahu kenalkan guru yang mencurahkan ilmunya kepada kami. Beliau adalah Puan Masayu Ahmad. Beliau tidak ambil ramai pelajar. Edisi Terhad. Sesiapa yang berminat mahu belajar secara online dalam tempoh 1 bulan hari sudah dapat hasilkan ebook, sila hubungi beliau di sini www.masayuahmad.blogspot.com dan ikut rapat beliau di facebook Masayu Ahmad agar sentiasa alert bila pengambilan student baru untuk kelas ebook 




ANAKKU, PERJALANAN MASIH JAUH

Tumpah air mata saya membaca setiap coretan penulis Ida Kamilia. Setiap tulisan saya hayati dan terbayang bayang wajah anak kecil bernama Aina Insyirah yang comel. Dia anak syurga 

Memahami perasaan seorang ibu, yang sentiasa mahukan anak yang dikandung 9 bulan lahir sempurna. Namun Allah Yang Maha Mengetahui telah menyusun yang terbaik buat makhluk ciptaannya. Redha dan tabah melalui setiap ujian Allah dalam menjaga naka istimewa dan sokongan dari suami dan keluarga yang tidak berbelah bahagi adalah asas penting buat Puan Ida Kamilia untuk menguruskan dua anak istimewanya 

Ebook ini sesuai dijadikan naskah setiap ibu bapa yang mempunyai anak istimewa. ibu dan bapa perlu kuat dna bijak menyusun satu persatu tentang keperluan anak istimewa kurniaan allah SWT ini 

Ya Allah, berikan penulis dan ibu ibu yang membaca ebook ini kekuatan melalui setiap dugaan kehidupan dan hadiahkanlah Syurga yang setimpal dengan pengorbanannya. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin 

Noorulazwaliza Noh
Penulis Ebook 
www.notabuatemak.blogspot.com 


MULA BISNES SPA

Pada masa kini, ramai anak muda lepasan Universiti berminat untuk memulakan perniagaan. Mereka ini muda dan sangat bercita cita tinggi. Apa yang mereka tiada adalah modal untuk memulakan perniagaan yang diidamkan

Puan Tuan Fadzilah Tuan Ismail telah memberi tips tips dan nasihat bagaimana untuk memulakan bisnes SPA tanpa memerlukan modal yang tinggi namun pulangan lumayan. Dalam Ebook ini, seelain panduan memulakan bisnes spa, ia juga banyak menyelitkan motivasi kepada para wanita untuk berjaya dalam perniagaan spa 

Noorulazwaliza Noh 
Penulis Ebook
www.notabuatemak.blogspot.com 


ASAS BISNES TUDUNG

Mempunyai sebuah perniagaan dan brand sendiri merupakan impian setiap usahawan. Adat berbisnes, sentiasa ada cabaran yang datang. Ia menjadikan diri usahawan lebih kuat menempuh apa saja dugaan perniagaan 

Komitmen untuk meralisasikan impian sebuah perniagaan perlu seiring dengan strategi yang digunakan. Ebook ini mengupas satu persatu asas penting untuk membuka bisnes tudung. Ebook yang bagus dijadikan panduan untuk setiap usahawan muda yang mahu memulakan perniagaan pertama mereka 

Noorulazwaliza Noh 
Penulis Ebook 
www.notabuatemak.blogspot.com 


ALQURAN LOVE

Membaca bait bait kata kata di setiap helai ebook ini buat hati sangat tenang dan air mata insaf menjadi teman. Al-Quran yang didalamnya terkandung pelbagai cerita tauladan dan nasihat amat berguna dijadikan panduan hidup sepanjang hayat

Ustazah Nazliana menyusun setiap satu cerita dengan sepenuh hati hingga tersentuh hingga ke lubuk sanubari saya 

Kehidupan di dunia ini hanyalah suatu persinggahan. Tidak pernah rugi insan yang menjadikan Al Quran sebagai teman pendamping dan panduan sepanjang jalan kehidupan menuju dunia abadi  

Noorulazwaliza Noh 
Penulis ebook 
www.notabuatemak.blogspot.com 

BANGKIT SELEPAS BERCERAI

Puan IR Begum Irdawati menggarap kisah bangkit selepas bercerai dengan kemas dan penuh hemah. Status Janda bukan sesuatu yang mahu disandang oleh para wanita. Namun perlu tempuhi dengan kuat semangat andai itu yang terbaik. Ebook yang sangat baik untuk dijadikan motivasi kepada para wanita di luar sana  yang sedang melalui fasa getir ini. Dalam islam Status Janda itu mulia disisi Allah SWT

Noorulazwaliza Noh 
Penulis Ebook
www.notabuatemak.blogspot.com 

Monday, October 1, 2018

TERIMA KASIH EMAK

LANGSIR RAYA 2017
.
Petang tadi call emak macam selalu Assalamualaikum Mak, buat apa tu?
Waalaikumusalam, ada ni ha. Mak Buat buat buat sampai jadi 😂
Hihihi, emak ni. Bergurau pulak 
Tu Tagline King Keydeen Ahmad mak
Nak masuk sekolah jalanan 7 ke mak ni 🤔
Mak jawab, boleh jugak long 😁
Adeiiii mak ni 😇
Gurau senda pulak ya
.
Long, bagus surprise kau ya. Menjadi
2x kejutan kau buat. Semalam dgn hari ni
.
Semalam kau hantar peti ais Raya
Hari ni ada orang datang pasang langsir raya
Kenapa kau suka buat benda benda macam ni
Membazir duit aje. Nyimpan long untuk diri kau dan anak anak
.
Mak, kan akak dah kongsikan. Ustaz cakap kalau anak anak bagi barang, bagi hadiah. Jangan bebel. Ucapkan terima kasih. Doakan anak anak sentiasa dilimpahi rezeki kewangan melimpah seperti air dilautan ciptaan Allah
.
Emak semua tu akak dapat bagi emak dari hasil bayar bulan bulan sejak setahun lalu. Maka dapatlah kak long hadiahkan emak peti ais baru. Lebih besar dan banyak ruang. Anak cucu balik cuti, bawa barang makan dah tidak bimbang. Cukup ruang
.
Langsir memang tukar tiap tiap tahun. Itu emak dah tahu. Yang emak tak tahu warna apa tahun ini dan tahun tahun berikutnya. Redho ajelah makdengan apa pilihan akak. Kain langsir tak mahal tak jadi hal. Janji langsir baru setiap raya dengan design berbeza. Barulah meriah raya kita mak 😆
.
Moga emak gembira di Hari Raya ini
Insyaallah jumpa nanti


Setiap bulan selepas dapat gaji saya akan balik kampung. Naik bas dari pasir gudang ke larkin. seterusnya dari terminal bas larkin ke Kluang. Bas terakhir masuk kampung adalah jam 10.00 malam.
.
Rumah emak berada di pusingan U. Bas S&S Mersing Omnibus satu satunya bas yang masuk kampung lewat malam. Bas ini akan melalui betul betul depan jalan rumah emak. Dari Bandar Kluang ke kampung saya adalah 25 KM. bersamaan lebih kurang 1 jam 45 minit perjalanan dalam keadaan jalan tanah merah yang berlubang lubang dan dalam gelap malam kebun sawit dan hutan tebal
.
Biasanya sayalah satu satunya penumpang dalam bas tersebut. penat melambung lambung dalam bas. sampai kadang kadang terlelap sekejap. Kadang kadang ada juga rasa Kecut perut. Masa itu macam macam ayat quran saya baca. Mohon Allah lindungi saya dari aib dan fitnah manusia
.
Kepulangan lewat malam saya akan disambut oleh emak dan ayah didepan beranda rumah. Mereka biasanya akan saya maklumkan kepulangan saya melalui kiriman surat. Sampai sahaja sudah jam 11.30 malam atau jam 12.00 tengah malam. Semua adik adik sudah tidur. Saya yang kepenatan akan mandi air kolah yang sangat dingin. Barulah selepas itu membaringkan diri untuk tidur. Masih lagi saya baring di leca ( tilam ) nipis beralas tikar mengkuang atuk di ruang tamu rumah emak. Sebaris dengan adik adik lelaki saya

Mata biasanya memang tidak boleh lelap. saya pasti Terkebil kebil memandang siling rumah. mengira ngira banyaknya bocor asbestos rumah emak. Bila hujan turun dengan lebatnya. Air hujan menitik dan berlarilah adik adik mengambil bekas menadah air yang jatuh dalam rumah. tekad dalam hati, insyallah satu hari asbestos berlubang ini akan saya ganti
.
Bunyi burung tukang di hujung jalan buat mata belum mampu lena. Bunyi kokok ayam sayup sayup belakang rumah. Saya akan bangun bersama emak untuk siapkan sarapan di subuh hari. Semasa saya bekerja hotel Selesa, Emak masih bekerja di kilang plywood. Saya tolong emak siapkan bekal untuk dibawa ke kilang. Kata emak, Itu sahaja cara untuk duit gaji tidak terbuang ke kantin yang disediakan
.
Saya akan menemani emak didepan rumah hingga van kilang sampai. saya cium tangan emak, saya pandang setiap langkah emak hingga emak dapat tempat duduk dalam van. Saya lambai dengan hati sangat sayu. Emak pada usia itu, masih terus bekerja demi meringankan beban ayah saya
.
Pernah emak cerita, Dia terbangun bila dengar kokok ayam. Tiada jam dinding dirumah emak waktu itu. Kokok ayam tandanya subuh sudah sampai. Emak bangun, siapkan sarapan. Emak siapkan bekal dan emak berkemas untuk tunggu van kilang depan rumah. Lama emak menunggu tiada van sampai. Mak ingat van rosak. Emak susur sampai hujung simpang tiga. Tiba tiba ada motor anak jiran lalu dan bertanya emak. Cik Besah nak pergi mana? emak jawab Cik Besah tunggu van kilang, lagi tadi tak datang datang. Rosak ke van tu atau cik besah yang lewat. Itu yang susur sampai depan jalan ni. Panjang lebar emak terangkan. Anak jiran ketawa dan seraya berkata, cik besah cik besah nanti gaji beli jam loceng. Sekarang baru pukul 12.00 tengah malam lah. Kami pun baru balik dari negeteh. Ya Allahhh kata emak. Ketawa terkekeh kekeh dibuatnya
.
kalau Van kilang rosak. emak akan tumpang van kilang orang lain. berhimpit mahu ke tempat kerja. kalau ponteng rugi pula. Lagipun mak kata nanti bos tak suka. adahal cuti saja. tak reti nak ikhtiar mencari cara. Nanti kawan kawan pun tak nak kerjasama. Mak antara dua orang pekerja yang buat kerja sapu gam di Plywood. kerja tu tak ramai yang pandai buat. Nanti kalau mak cuti, tergendala production. Sakit pun mak pergi kerja. Cuti bersalin je mak ambil. itupun tak cukup dua bulan dah naik kerja
.
Emak selalu titipkan pesan. kalau long kerja, dengar kata ketua. Apa ketua pesan itu yang long kena buat. Apa ketua tak suka. Tinggalkan dan catat dimana mana kertas. tampal dimeja. Biar jang alpa. Emak kata, selain ibu bapa dan guru kita, hormat ketua adalah kunci kejayaan hidup kita
.
Emak juga kongsikan petua. Jika mahu Along mahu disukai ditempat kerja, Ringan ringankan tulang menghulur bantuan. Jangan sampai rakan rakan meminta baru buatkan. Biasakan bertanya dulu apa yang boleh dilakukan. Jangan berlagak tak tentu pasal. Jika kita cantik lebih dari orang, tiada budi bahasa orang tak kan senang dengan kita. Jika makan atau beli makanan. Ingat sama kawan kawan. Ajak makan sama sama. Biar sikit sama dirasa. Jika banyak
.
Adab dengan rakan yang lebih tua. Berikan sapaan dan senyuman bila berjumpa. Tidak kira siapa dan dimana. Mereka insan yang Allah pelihara. Moga dengan kata kata baik yang keluar dari mulut mereka tentang kita. Sentiasa Allah pelihara kita dari bala dan cela dunia
.
Long, emak tiada emas bergunung. Emak tiada duit bertimbun. Yang ada hanyalah ilmu yang emak kongsikan ini. Disekolah Along belajar ilmu hisab, Bahasa Melayu dan sejarah. Dirumah emak ajarkan ilmu kehidupan sebenar. Agar along dewasa nanti, Jadi insan tinggi budi pekerti. Ia tiada galang ganti. Ia tersemat dilubuk hati setiap insan yang mengenali diri along nanti



KASIH KE HUJUNG NYAWA

Semalam waktu begini saya sedang bercakap dengan emak di talian
.

Tanya khabar emak. Jawabnya sihat Alhamdulillah. Sedang buat apa emak? Lipat kain kata dia. Emak masak apa hari ini? Masak asam pedas ikan kembung, sayur bsyam goreng, ikan masin kedera dan sambal belacan. Sedapnya balas saya. Emak jawab... Dah agak Long akan jawab macam tu. Ceria suara emak di corong telepon bercerita, buat hati saya sangat gembira

.

Pagi tadi emak ada pergi mana mana ke? Ada jawab emak. Rancak emak bercerita. Dia pergi kelas mengaji Quran. Emak kata dia tidak mahu terlepas kelas pagi petang. Seronok belajar Quran Long, tenang hati. Duduk rumah sorang sorang tak buat apa, rugi masa. Kepala ingat bukan bukan. Risau tidak tentu arah. Masa muda tak merasa pergi kelas Quran. Dah tua baru ada peluang. Masa ini suara emak sedikit sayu

.

Alhamdulillah emak, jawab saya. Seronok Long dengar emak pergi belajar Quran pagi petang. Saya cakap dengan emak, dalam menuntut ilmu tiada istilah terlewat. Bagus tindakan emak tidak biarkan diri dalam kesunyian. Emak, Sedih buat kita jadi murung. Orang perempuan mudah ada perasaan sedih dan sunyi. Apa lagi jika sudah jadi balu, tiada tempat mengadu dan teman sembang di meja makan
.
Emak kata seronok berkawan dengan kumpulan ngaji Quran. Banyak emak belajar tentang tajwid dan ada juga tentang amalan amalan sunat yang Nabi SAW buat. Alhamdulillah jawab saya
.
Long, kawan emak yang paling mak sayang ada seorang ni. Ooo mak dah ada BFF ya. Usik saya. BFF tu apa? Tanya emak. Hihihi Best Friend Forever mak... Kawan sampai Syurga. Siapa kawan emak tu? Long kenal tak? Long Balik Kampung nanti ajaklah semua kawan ngaji mak makan makan. Boleh kenal BFF mak tu
.
Ermmm emak seronok sangat ada BFF ni. Banyak kongsi dengan emak hal hal agama. Mak syukur sangat ada dia. Alhamdulillah. Hari hari kongsi cerita tentang Rasulullah. Tiba tiba emak nangis. Dengar jelas esakan kecil di corong telepon
.
Alhamdulillah emak, Long pun gitu. Seronok ada kawan kawan Sahabat Quran Malaysia. Sentiasa ingat mengingati tentang ilmu Al Quran. Setiap hari kawan kawan ni berkongsi ilmu tanpa henti
.
Lama kami diam. Emak nangis saya pun nangis. Jika depan mata pasti kami berpelukan
.
Long, BFF emak tu nama dia Noorulazwaliza Noh. Anak emaklah BFF Emak. Perkongsian Long yang setiap waktu telah bawa emak sampai ke arah begini. Emak syukur ada anak yang bimbing dan pimpin emak ke jalan ini. Emak dah tua, entah esok entah lusa sudah tiada
.
Dengan suara sebak, emak menyebut. Insyaallah emak doa Long dan semua anak anak emak yang lain masuk syurga. Insyaallah berkumpul kita semua di sana ya Long bersama Arwah Ayah. Long, Emak teringat ingat Ayah
.
Hanya air mata mengalir, saya hilang kata kata

Al-Baqarah Ayat 128 Maksudnya - Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani

Saya sambung perbualan dengan emak selepas mengesat air mata yang mengalir dipipi. Saya dengar emak masih bersisa sedu sedan di hujung talian
.

4. Sebagai anak sulung. Long sentiasa memberi perhatian yang tinggi kepada adik beradik. Usaha mahu beri yang terbaik. Ini kerana emak dan ayah yang telah tunjuk kasih sayang yang tidak berbelah bagi pada Long. Dalam tegas emak dan Ayah. Terselit kasih sayang dan perhatian yang berpanjangan

5. Sebagai anak sulung emak dan ayah. Long sentiasa jadi tauladan kepada adik beradik. Walaupun adakalanya Long menangis tidak tertanggung dengan apa yang berlaku di sekeliling. Long tetap tunjukkan sentiasa kuat semangat. Long tidak boleh menangis depan adik adik bukan kerana Long tiada perasaan. Tapi Long tidak mahu semua jadi lemah
6. Sebagai anak sulung perempuan. Jika emak lihat Long ada sedikit keras kepala. Ia adalah untuk tunjukkan Long tegas dalam beberapa perkara. Tidak semua hal Long boleh berlembut. Tetutama hal kebajikan emak di kampung. Tanpa ayah disisi. Long tidak mahu emak berasa murung
7. Sebagai anak sulung, Long sentiasa berdikari. Tidak bergantung hidup dengan sesiapa. Emak usahlah bimbang. Semakin usia meningkat Long semakin tahu bawa diri. Imbangi hal keluarga sendiri, hal emak dan adik adik. Kerana asuhan emak dan ayah, Long mampu berdiri atas kaki sendiri sehingga kini

Emak, terima kasih lahirkan Long sebagai anak sulung. Terima kasih diatas setiap tunjuk ajar, nasihat dan kasih sayang yang emak berikan
.
Jangan nangis emak, nanti kita berbual lagi. Emak jangan lupa ngaji hari hari. fikiran tenang, hati senang. Jalan kaki keliling rumah setiap pagi. Tolak 3 putih. Insyaallah Otak cantik
.
Long... Sayu suara emak panggil saya. Ya emak, jawab saya. Doa sama sama ya, tahun depan kita pergi haji berdua. Allahu emak..... Setiap saat itu doanya dalam hati Long ni Mak. Insyaallah, emas pasti menjadi tetamu jemputan Allah SWT yang paling istimewa. Aamiin Aamiin Aamiin Ya Mujib

Semalam saya hubungi keramat hidup yang saya rindui setiap hari

.

Saya tanya emak sedang buat apa tu? Emak jawab dia di rumah jiran dan sedang baca IQRA' 1. Saya tidak langsungkan pertanyaan mengapa IQRA' 1? Emak lancar mengaji. Saya biarkan pertanyaan itu dalam fikiran
.
Long, Emak dan kawan kawan blok ni belajar mengaji semula. Kami mula dari Iqra 1. Belajar tajwid. Macam ulang semula lah. Tiada istilah sudah pandai dalam menuntut ilmu kan Long. Macam Long selalu cakap padaemak
.
Saya menangis. Sebak. Saya seronok tengok emak bersemangat setiap hari dengan aktiviti di Felda. Jalan kaki pagi pagi dan mengaji. Saya cakap dengan emak. Long doa emak khatam Quran berkali kali tahun ini. Terima kasih jawab emak dengan suara menahan tangis sama seperti saya
.
Hujung bicara, emak cakap Long bantu emak boleh? Saya tanya bantu apa emak. Long dah minta Salwa Noh beli semua keperluan basah dan kering serta peralatan untuk Qorban lembu tahun ini. Bekas letak daging pun dah bincang tahun ini beli warna apa dan bentuk apa
.
Long yang itu mak tahu kau akan buat walaupun tak suruh. Yang ini maktahu juga kau setiap hari doa untuk emak. Tapi mak tak minta. Kali ini maknak minta dari engkau. Uishh dalam hati saya. Emak ni udah kenapa. Okmak, nak minta apa dari Long emak ?
Mak nak minta tolong Long. Doakan emak dijemput Allah ke Baitullah tunai Haji tahun depan. Saya sebak mengalir air mata dengar permintaan dari mulut seorang emak
Mak, insyaallah Long bukan saja doakan emak dapat jemputan istimewa Allah SWT tunai haji ke Baitullah. Malah insyaallah Long akan pimpin emak untuk Tawaf, Saei dan Melontar bersama sama
Insyaallah emak, kita berdua akan ke sana tahun depan. Menikmati indahnya Baitullah di depan mata bersama sama
.
Sahabat mukabuku. Aamiinkan doa saya agar tahun 2019 saya dan emak akan menerima jemputan Allah tunai Haji. Aamiin


Long, sebenarnya engkau sakit apa? Cuba kau cakap dgn emak ni. Sampai kena jumpa DrRizal Abu Bakar pakar otak
.
Akak tanya. Mana mak tahu pasal doktor rizal ni mak? Alaaa kawan kawan emak le cakap anak dia cerita. Engkau share kat Facebook. Diorang kata sampai kau jumpa pakar otak kat KL. Tapi mak tengok kau ok je. Makan dalam ke long? Stress kerja ke? Takut mak long. Suara mak bimbang 
.
Along tak sakitlah emak. Jangan bimbang. Along sihat dan sihat dan sihat setiap hari insyaallah. Along ikut program Jihad sihat. Makan hidangan berkhasiat untuk otak dan badan. Bukan otak along tak betul emak. Kalau otak tak betul, perlu jumpa doktor pakar psikiatrik
.
Long nak sihat, otak cerdik, badan lentik. Ikut program sihat Dr. Rizal, pakar otak antarabangsa ni mak. Sihat melalui jaga makan
.
Oooo gitu. Bimbang emak engkau pantang pantang makan ni sebab lain. Kalau sebab nak sihat takpelah. Emak sokong 100%
.
Emak pun nak ikut jugaklah pantang nasi, pantang gula, pantang tepung. Akak senyum, Ehhh eloklah mak, sihat mak nanti. Akak sokong emak
.
Pantang jumpa long..... Makan. Umur pun dah hujung hujung ni. Rugi tak makan
Hihihihi
.
Mak niiiiii 😅


Setelah 2 hari di rumah Adinda Salwa Noh. Sampai giliran emak kerumah akak pula. 27.01.2018, emak sampai rumah akak. Anak anak akak gembira atuk datang. Macam macam nak minta atuk masak kan
.
Long, mak pergi pasar ikan pasir penambang. Salwa bawak. Jalan jalan tengok ikan segar, Mak jumpa telur ikan mayong. Sekilo 40.00 long. Makbeli 1/2 kg. Teringat emak, engkau suka makan telur ikan mayong. Banyak kali kau nyebut nak makan. Eh, Boleh ke engkau makan telur ikan mayong lagi long? Kan engkau dah tak makan macam macam sekarang. Marah pulak doktor otak engkau tu. Apa namanya? DrRizal Abu Bakar kan? Laju Emak bercerita jumpa telur ikan mayong yang menjadi kegemaran akak dari kecil
.
Emak, susah susah aje mak ni. Terima kasih mak. Sebak dada akak. Akak dah tua ni pun masih emak susah susah nak carikan makanan kegemaran akak. Ingat akak
.
Hari ini, akak cuti. Emak hidangkan telur ikan mayong asam pedas makan tengahari. Akak hirup berselera. Makan telur ikan penuh nikmat. Makhidangkan teh hijau juga. Takde gula long, kosong.... Sambil mak kenyit mata
.
Mak niiiii kelakarlah


JIHAD BAHAGIA 
.
Hari ini, akak puas dapat bercakap dengan emak 1 jam. Tak sedar bergayut terlalu lama. Emak kongsikan rasa bahagianya. Bangga dengan 7 anak anak yang berjaya menguruskan majlis kahwin adik bongsu dengan jayanya. Emak berkongsi dengan tangisan dihujung talian. Emak kata dia bangga, anak dia bukan terdiri dari sesiapa. Tidak juga berharta namun telah membuat dia dipandang kaya oleh jiran dan keluarga. Akak cakap,mak.... Itu namanya kaya jiwa. Emak kata alangkah bahagianya jika ayah masih ada. Akak jawab, ayah tunggu emak dipintu syurga
.
Waktu akak peluk adik Hafizul Hakim di Peterana Chentanya. Saat salam restu bersama bonda. Adik bisikkan terima kasih kak long. Susah susah buat untuk adik majlis ni. Akak peluk dan simpan air mata. Akak takut gambar akak tak cantik dibuatnya. Akak bahagia dapat buat adik tersenyum bersama dewi hati pilihan keluarga dalam majlis penuh gembira dan bahagia
.
Waktu akak pergi program Public Speaking Mastery ( PSM) janda baik pada 2016. Yang akak cari bahagia. Yang akak kongsikan jauhi derita. Yang akak inginkan gembira penuh makna. Dan akak temui bahagia yang dicari. Allah beri adik beradik psm 13 orang yang tinggi budi ikhlas hati. Asbab itu akak dapat kembali bahagia yang kian sembunyi
.
Akak usaha mencari bahagia. Akak belajar kenali diri. Terima kasih ya Allah kerana mempertemukan Mentor Jihad Bahagia akak. Banyak akak tahu tentang diri akak dari Sifu Metafizik Tuan Rozzani Din atau Abe Long ( AL). Beliau membantu kenali diri lebih dalam lagi dari hal diri sendiri, hal suami isteri, hal adik beradik, hal keluarga dan hal kerja melalui graf hayat. Tahun ini akak berada pada tahap good energy. Akak lebih fokus. Akak lebih tenang
.
Akak selalu ingatkan diri akak. Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya, tapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apapun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik. kebahagiaan yang sempurna terdapat pada seseorang yang sederhana tetapi dia memperlakukannya dengan istimewa.. ibarat kata orang "tak perlu miliki segalanya untuk bahagia, cukup jadikan apa yang sudah kau miliki saat ini sebagai alasan untuk berbahagia"


EMAK DI MASA LALU


Long, raya cina ni mak nak pergi Terengganu. Cik Nah Kosnan ajak makpergi sana. Anak saudaranya kahwin. Boleh ke Long? Mak biasalah sejak ayah takde nak pergi mana mana tanya akak dulu

.

Jauh tu mak. Penat jalan jauh. Jem masa raya cina ni. Bimbanglah mak

.

Naik kapal terbang. Mana ada jem long. Sejam dah sampai. Akak jawab, Oooo naik flight. Oklah tu. Tak penat
.
Baju nak pi kerja kahwin dah ada mak? Kasut, beg tangan nak beli baru ikut warna baju mak nak pakai. Malam ni pergi cari kejap. Setapak central ada parkson
.
Alahhhh ko ingat mak macam engkau ke. Sekali pergi majlis, setiap kali tu mesti baju baru, kasut baru, beg baru. Membazir tu
.
Emak ni, biar le elok. Jauh jalan tu. Pakai yang mak suka. Barang kemas jangan lupa bawa, ada peluang melaram le puas puas mak
.
Tapi tu le. Mak dah tengok tengok tadi long. Kasut rimau kau, jubah rimau kau, beg rimau kau. Tudung lip lap engkau. Mak dah test. Elok je semua. Padan je dengan emak. Emak pinjam pakai pergi terengganu boleh long? Tak payah beli baru, membazir je. Pakai je apa ada dalam gobok engkau tu
.
Laaaa emak ni teringin leopard jugak ke?
Teringin long... Mak Nak jugak melaram macam engkau. Hihihi emak ni, lain macam tau

Emak menyertai pertandingan gubahan lipatan dari kain songket. Program ini diadakan sempena Sambutan Kembara Mahkota Johor. Tuanku Sultan Johor yang dikasihi rakyat jelata mencemar duli ke bumi bertuah kami 
.
Emak gubah kain songket jadi bunga. Semalam tanya tak nak kongsi. Risau rahsia terbongkar di FB 😂
.
Emak bawa pulang hadiah tempat ke 3. Frust kata dia, tak jadi juara. Emak bawak balik hadiah tupperware. Kali ini benar benar tupperware long, bukan tippuware. Tergelak saya. Saya selalu kongsi dengan emak kata kata positif.Mak, hadiah apa yang takde dalam rumah emak, dalam almari pinggan mangkuk emak, dalam kotak barang kemas emak. Semua sudah ada. Anak anak beri tak ikut peristiwa. Asal balik jumpa emak, bawa hadiah tanda ingatan. Yang pentingnya emak bersama sama menyertai setiap program yang ada di kampung. Support pengurus Felda kita. Nanti bahagia datang. Emak sihat ceria bersama kawab kawan
.
Umur emak saya 70 tahun. Dia Wanita cekal jiwa baik hati. Ayah sudah tiada disisi, emak sepi. Anak anak jauh merantau cari rezeki. Sahabat sekampung jadi teman sejati. Insyaallah emak akan sentiasa didalam lindungan dan kasih sayang ilahi . Aamiin aamiin aamiin 



Semalam sewaktu mesyuarat. Suami hantar mesej. Emak mahu pergi rumah busu. Boleh atau tidak?
.
Mesej dihantar jam 9.00 pagi. Saya baca jam 11.00 pagi
.
Saya jawab. Malam ini jam 8.00 kita gerak. Hantar emak rumah busu di Salak Jaya
.
Suami maklumkan, emak sudah berada di Salak Jaya. Ermmm apalah yang hendak dikata
.
Busu Noi adik emak. Perempuan 4 orang. Emak nombor lima. Yang masih ada Mak Busu di Salak Jaya, KL dan Mak Ngah di Alai Melaka
.
Emak kata sebelum pergi umrah 11.04 ini. Niatnya mahu bertemu adinda dia. Nanti ambil mak hari jumaat ya Long. Mak jalan rumah busu tak lama
.
Mereka berdua telah kehilangan tempat bermanja. Mengadu dan bercerita. Tiada ibu, tiada bapa dan suami tercinta. Semua sudah pergi mengadap ilahi mendahului mereka brrdua
.
Insyaalah kedua dua wajah kesayangan hamba. Setiap saat didalam jagaan dan dakapan kasih sayang Allah SWT sepanjang masa
.
Sayang emak
Hingga ke syurga. Insyaallah



Ya Allah, aku sujud syukur kpd mu ya Allah yg maha pemurah lagi maha penyayang. Yg menyempurnakan setiap hajat hambanya.
.
Mengiringi emak masuk ke balai berlepas dgn air mata kala emak memegang erat tanganku sambil berkata terima kasih kak long. Makterhutang budi. Jaga adik2. Tengok abg cik ( adik istimewa ).
.
Emak, selagi nyawa dikandung badan. Emak & adik2 keutamaan kak long.
.
Alhamdulillah. Semua azam 2015 telah tertunai. Terima kasih kepada semua sahabat syurga tanpa hisab yg mengaminkan azam 2015 saya yg lalu. Especially to cik puan Norlidah Abdul Rahman yg byk memberi sokongan sewaktu saya kongsikan niat ini.




🌹💖




TENTANG APRIL
.
Selamat hari lahir ayah. Takde apa kak long nak beri, sambil tanganku menghulur beg kertas dengan tulisan BONIA kepada ayah. Dia ambil sambil mulut mengomel. Sudah banyak jam ayah long, bukan kemana nak dipakainya. Apalah susah susah long, banyak habis duit. Simpan duit jangan boros long. Panjang omelan ayah
Ayah, cepat sikit pakai baju. Kejap lagi nak potong kek. Riuh mulut minta ayah bersegera untuk potong kek hari lahir. Haaa dah siap ni, ayah pakai tshirt dan kain pelikat. Lebih baik lah tu dari dia start motor pergi kedai jumpa kawan kawan, putih mata. Mana dia boleh diarah arah. Itulah ayah. Kata adik adik, dengan kak long ayah tak kata apa, ikut je. Kalau kami yang ngarah tentu sudah kena tengking
Sambutan hari lahir ayah yang ke 66 disambut seperti tahun tahun sebelumnya. Salwa Noh dan Wan Kriss akan buat BBQ. Jamuan simple bersama sahabat jiran tetangga rapat ayah, mak akan buat bubur putih bubur merah untuk dihantar kepada jiran jiran terdekat. Adik adik berkumpul. Memang meriah. Ini wajib setiap APRIL. Ayah, emak, uda Anul Spectra dan abg ngah faizal berkongsi bulan kelahiran yang sama
Namun 4 tahun ini, itu semua kenangan saja.
Hari lahir emak dan adik adik disambut tanpa ayah disisi. Ayah telah pergi meninggalkan kami buat selama lamanya pada 24.06.2013.
Sempat menyambut hari lahir yang ke 66 bersama isteri anak dan cucu. Selepas majlis kecil yang ceria, ayah tengok aku dan ucap "long, terima kasih". Majlis ini kecil tapi sempurna. Rupanya itulah antara kata kata akhir sebelun ayah pergi menemui sang pencipta
Alfatihah buat yang paling dikasihi Ayahanda Noh Bin Mahmood. Hingga bertemu di Syurga Insyaallah
*** Gambar kenangan sambutan hari lahir ayah yang ke 66 tahun bersama emak yang ke 64 tahun

TENTANG APRIL
.
Long, masa ayah nak pinang mak engkau. Ayah cukup takut dengan pak andak. Dia baik tapi serius orangnya. Mak pulak latar belakang keluarga ada nama. Ada yang cikgu , ada jadi D.O, ada jadi imam. Tiada dalam keturunan keluarga emak engkau kahwin dengan penoreh getah
Rupanya, salah sangkaan ayah long. Bila ayah masuk meminang, Pak andak setuju tanpa banyak soal. Cuma dia minta jaga adik dia elok elok. Jangan kurang makan. Ayah tunduk mata berkaca. Suara serak. Lahhhh ayah ni, pilu lah pulak. Aku cuba mereda suasana. Tergelak kecil. Dalam hati aku pun sedih jugak. Begitulah ayah, bila aku balik kampung, ayah suka berkongsi cerita

Ayah lahir April. Emak lahir April. April juga Pak Andak kembali ke Rahmatullah menemui penciptanya. Semoga ayah, pak andak dan kita semua akan berhimpun Di Syurga Insyaallah
April yang penuh duka
*** Gambar kenangan sewaktu majlis resepsi Tuan Muda Zain Azrai Hamzah

Posing dengan emak cik besah sireh junjung Depan rumah Melaka di restoran golek golek.
Dulu dulu emak pesan, jangan duduk kat tangga. Nanti lambat laku. Nak jadi cerita tak duduk kat tangga pun anak pompuan mak yang sulung ni memang takdirnya lambat laku.
Sibuk kerja untuk settle buat rumah emak dan bagi adik adik habis belajar. Kalau bakal besan mak datang tak le tergolek pengsan tengok rumah papan peneroka. Bajet bajet masa tu memang dapat kahwin orang KL lah 🙄
Sekarang ni dah berusia, pesan emak berubah dah. Baik baik kat tangga long, tersadung jatuh tergolek golek nanti 😂
Emak hai la emak... Ada ada je
Rasa rasa lah...
Dapat tak saya mertua dari KL?
Cer teka?😊