Ulasan Buku : Nota buat emak
Membaca ebook ini membawa saya menyelami kehidupan warga felda. Cerita tentang emak yang sangat rapat dengan penulis, walau orang felda yang tidak berkerja besar tapi kehabatan mendidik anak-anak dan kekayaaan jiwa membawa kepada kejayaan di hari tua. Betapa bahagia menjadi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berjasa.
Ulasan Buku: Nota Buat Emak
Saya suka membaca kisah Puan Azwa Noh dengan emaknya. Kisah cinta agung antara seorang anak yang sangat kasihkan emaknya. Kisah seorang ibu yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan anaknya.
Membaca dengan penuh keasyikan. Saya senyum-senyum sendiri sambil teringat kepada emak saya.
Doa ibu membawa ke syurga. Semoga naskah ini dapat membuka pintu pembaca menghayati betapa dalamnya kasih seorang anak dan ibu.
Mesej syurga di bawah telapak kaki ibu digarap dengan penuh nostalgia oleh Puan Azwa sehinggakan saya rasa ingin lari balik kampung memeluk emak saya!
Puan IR Begum Irdawati Dowlad
Ulasan ebook Nota Buat Emak
Siapalah kita tanpa insan yang bergelar "emak" bukan.
"Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya, tapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apa pun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik. kebahagiaan yang sempurna terdapat pada seseorang yang sederhana tetapi dia memperlakukannya dengan istimewa.. ibarat kata orang "tak perlu miliki segalanya untuk bahagia, cukup jadikan apa yang sudah kau miliki saat ini sebagai alasan untuk berbahagia"
Emak adalah guru pertama kehidupan untuk seorang anak.
Semua orang ada kenangan bersama emak.
Dalam ebook ini, penulis berkongsi pengalaman suka duka beliau bersama emak yang tersayang. Emosi yang ditulis dalam buku ini jelas betapa besarnya kasih sayang seorang anak kepada emaknya.Seluas lautan yang tiada berpenghujungnya.
Penulis juga menyelitkan pesanan-pesanan seorang emak kepada anaknya. Sedikit sebanyak kita seperti "terkait" dengan pengalaman penulis. Ya, ketika saya membaca ebook ini, saya terkenang pada emak! Sungguh, rindu terus pada emak.
Puan Ida Kamilia
Nota Buat Emak seolah-olah diari emak yang ditulis oleh seorang anak yang sangat kasihkan ibunya. Puan Azwa merakamkan detik kenangan beliau dan ibunya dengan penuh perasaan sehingga kita dapat membayangkan rasa sedih, rasa bahagia, rasa kasih sayang dan macam-macam rasa yanga da dalam hati sanubari seorang ibu.
Puan Azwa menceritakan aktiviti yang dulu-dulunya menjadi ruang untuk ibu-ibu yang menjadi surirumah tangga mendapatkan sedikit ruang di luar. Kisah ibu Puan Azwa begitu minat menyertai pertandingan gubaha mengimbau suasana semasa saya kecil dulu dimana selalu juga diadakan aktiviti sebegini di kampung
Ebook Nota Buat Emak boleh dijadikan satu ingatan kepada anak-anak untuk mengingati dan merindui saat masa yang ada bersama ibu yang kasihnya tidak berbelah bagi hingga ke syurga
Puan Hani Ismail
Nota buat Emak
Terhibur hati membacanya. kisah akrab penuh kasih sayang seorang anak dan emak . Sebagai anak sulong dalam keluarga terserlah saling mengambil berat urusan keluarga. Selepas peninggalan bapa, Long meneruskan peranan sebagai anak namun lebih dekat sebagai teman dari hati. Di dalam adik beradik Long terkenal tegas seolah mengambil alih tugas bapa . Tegas juga pada kebaikan.
Kisah kehidupan Felda yang penuh kasih sayang. Semua mengimpikan kasih sayang kekeluargaan yang sama seperti kisah ini . Namun cabarannya juga besar. Umpama semua tersandar di bahunya. Gembira emak gembiralah dia. Resah emak , resahlah dia.
Penulisan sangat menarik , menunjukkan bahawa didikan emak berjaya membentuk Long sebagai manusia berakhlak kepada ibubapa. Dengan itu sebagai anak sulong , Long dihormati kerana tauladan yang di tunjukkan.
Semoga Allah terus mengabulkan impian long untuk menunaikan Haji bersama bondanya. Aamiin.
USTAZAH NAZLIANA ABU NAIM