Friday, October 12, 2018

PENGENALAN

Ulasan Buku : Nota buat emak

Membaca ebook ini membawa saya menyelami kehidupan warga felda. Cerita tentang emak yang sangat rapat dengan penulis, walau orang felda yang tidak berkerja besar tapi kehabatan mendidik anak-anak dan kekayaaan jiwa membawa kepada kejayaan di hari tua. Betapa bahagia menjadi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berjasa.

T

TINTA PENGARANG

Bismillahhirrahmanirrahim...
Subhanallah... Walhamdulillah... Wa Laa ilaa ha illallah Wallahhu Akbarr..

Alhamdulillah ya Allah. Selautan syukur saya panjatkan pada Allah,Rabbul Izzati. Dengan izin-Nya dipinjamkan kekuatan, dilorongkan jalan, diruangkan masa, diberikan kesempatan untuk saya menyiapkan penulisan ebook ketiga saya ini. Dalam menanggung kesakitan akibat sakit belakang dan lutut, akhirnya penulisan ebook ini dapat juga diselesaikan dan diterbitkan. Alhamdulillah ya Allah...

Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada Puan Guru Masayu Ahmad kerana tidak pernah jemu jemu membimbing saya sehingga selesai naskah ebook ketiga ini . Tidak lupa juga kepada penyunting ebook saya, Puan Zaila Hafni yang banyak membantu saya dalam penulisan ini. Saya budak baru belajar, masih perlukan banyak tunjuk ajar. Terima kasih kerana memberi saya peluang. Insya-ALLAH, Semoga langkahan saya ini dapat membina 1000 langkahan lagi untuk lebih berjaya sebagai seorang penulis di jalan Allah.

Ucapan terima kasih juga saya kalungkan buat bonda saya Habsah Binti Mohamed, Adik beradik saya yang enam dan semua sahabat mukabuku yang sentiasa memberi sokongan moral kepada saya dalam menyelesaikan Ebook ketiga ini. Buat yang teristimewa, suami tersayang Rozlan Zainal Abdin yang sentiasa sabar sepanjang ebook ini ditulis. Buat dua anakanda putera, ebook ini buat bacaan dan panduan kehidupan masa hadapan 


Dan tidak lupa juga saya ucapkan kepada hati-hati yang dekat di hati saya, yang memberikan inspirasi berhikmah. Terima kasih kepada kalian semua. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas kalian lebih baik dari apa yang kalian berikan

Jazakumullahhu khairan kathira.. Insya-ALLAH, kita akan sama-sama teruskan perjuangan di jalan Allah ini. Semoga kita menjadi golongan yang istiqamah di dalam dakwah... Amin Allahhumma Aminn..



BIODATA PENULIS

Puan Noorulazwaliza Noh merupakan anak sulung kepada pasangan Habsah Mohamed dan Allahyarham Haji Noh Bin Mahmod. Dilahirkan di Felda Sri Ledang, Muar Johor dan di besarkan di Felda Kahang Barat Kluang Johor 

Kehidupan masa kecil yang susah menyebabkan penulis sangat rapat dengan emak walaupun  karektor seorang ibu bukan sahaja penyayang tetapi ada juga garangnya 

Banyak ilmu kehidupan yang emak telah terapkan dalam diri penulis dan menjadi panduan hidup selagi nyawa dikandung badan. Emak walaupun seorang wanita kampung yang tidak tinggi pelajaran, namun emak seorang wanita yang tabah dan bijak dalam mengharungi kehidupan bersama suami dan anak anak 

Emaklah insan pertama yang mengajar penulis tentang A,B,C dan mengira 1,2 dan 3. Semangat kuat semangat dan elak mengeluh tumpah ke diri penulis. Sentiasa bercita cita tinggi untuk mencapai kejayaan dalam apa bidang yang diceburinya 

Penulis sudah berkecimpung dalam dunia makanan dan minuman ( F&B) selama 25 tahun. Pada tahun 2018 ini, penulis mula berjinak jinak menulis ebook dengan genre Motivasi 

Ebook pertama penulis ialah Dari Tanah Felda ke Laman Istana, Ebook kedua pula Anak Felda di Bumi Haramain 

Penulis meminjam semangat emak untuk terus menulis dalam genre Motivasi pada masa hadapan 

ULASAN KELAS

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Alhamdulillah, akhirnya siap juga ebook ketiga ini yang dilaksanakan secara penuh melalui online dalam keadaan menahan sakit belikat dan sendi lutut. Alhamdulillah 

Mesti ramai yang tertanya tanya bagaimana menulis ebook dalam kelas online? Boleh faham ke? pesan saya dalam hal ini Mesti Fokus dan ikut cakap guru. Jangan Skip menulis 

Dalam hal ini guru tanpa suara ini sentiasa pesan adakan buku nota untuk catatan harian. Displinkan diri untuk menulis laju. Idea akan mencurah curah pada 1/3 malam 


Saya diberikan tips untuk kekal momentum menulis. Bangun awal pagi, solat tahajjud dan mula menulis. Menulis memang semangat. Macam menulis diari tapi berdasarkan topik yang difokuskan. Wajiblah ada pengetahuan atau pengalaman berdasarkan topik tersebut

Saya yang tidak mahir menulis blog akhirnya sudah menulis 3 Ebook dalam masa setahun. Produktif sungguh ya hihihi

Penulisan ebook wajib mempunyai buku rujukan. Baca dan baca lagi. Tapi jangan duplicate 

Ebook saya semuanya genre Motivasi. Ebook pertama Dari Tanah Felda Ke Laman Istana. Ebook kedua Anak Felda Di Bumi Haramain dan Ebook ke 3 Nota Buat Emak di Tanah Felda 

Kelas ebook ini dibuka semula pada November ini. Oh, ya. Sebelum terlupa berbesar hati mahu kenalkan guru yang mencurahkan ilmunya kepada kami. Beliau adalah Puan Masayu Ahmad. Beliau tidak ambil ramai pelajar. Edisi Terhad. Sesiapa yang berminat mahu belajar secara online dalam tempoh 1 bulan hari sudah dapat hasilkan ebook, sila hubungi beliau di sini www.masayuahmad.blogspot.com dan ikut rapat beliau di facebook Masayu Ahmad agar sentiasa alert bila pengambilan student baru untuk kelas ebook 




ANAKKU, PERJALANAN MASIH JAUH

Tumpah air mata saya membaca setiap coretan penulis Ida Kamilia. Setiap tulisan saya hayati dan terbayang bayang wajah anak kecil bernama Aina Insyirah yang comel. Dia anak syurga 

Memahami perasaan seorang ibu, yang sentiasa mahukan anak yang dikandung 9 bulan lahir sempurna. Namun Allah Yang Maha Mengetahui telah menyusun yang terbaik buat makhluk ciptaannya. Redha dan tabah melalui setiap ujian Allah dalam menjaga naka istimewa dan sokongan dari suami dan keluarga yang tidak berbelah bahagi adalah asas penting buat Puan Ida Kamilia untuk menguruskan dua anak istimewanya 

Ebook ini sesuai dijadikan naskah setiap ibu bapa yang mempunyai anak istimewa. ibu dan bapa perlu kuat dna bijak menyusun satu persatu tentang keperluan anak istimewa kurniaan allah SWT ini 

Ya Allah, berikan penulis dan ibu ibu yang membaca ebook ini kekuatan melalui setiap dugaan kehidupan dan hadiahkanlah Syurga yang setimpal dengan pengorbanannya. Aamiin Ya Rabbal Alaamiin 

Noorulazwaliza Noh
Penulis Ebook 
www.notabuatemak.blogspot.com 


MULA BISNES SPA

Pada masa kini, ramai anak muda lepasan Universiti berminat untuk memulakan perniagaan. Mereka ini muda dan sangat bercita cita tinggi. Apa yang mereka tiada adalah modal untuk memulakan perniagaan yang diidamkan

Puan Tuan Fadzilah Tuan Ismail telah memberi tips tips dan nasihat bagaimana untuk memulakan bisnes SPA tanpa memerlukan modal yang tinggi namun pulangan lumayan. Dalam Ebook ini, seelain panduan memulakan bisnes spa, ia juga banyak menyelitkan motivasi kepada para wanita untuk berjaya dalam perniagaan spa 

Noorulazwaliza Noh 
Penulis Ebook
www.notabuatemak.blogspot.com 


ASAS BISNES TUDUNG

Mempunyai sebuah perniagaan dan brand sendiri merupakan impian setiap usahawan. Adat berbisnes, sentiasa ada cabaran yang datang. Ia menjadikan diri usahawan lebih kuat menempuh apa saja dugaan perniagaan 

Komitmen untuk meralisasikan impian sebuah perniagaan perlu seiring dengan strategi yang digunakan. Ebook ini mengupas satu persatu asas penting untuk membuka bisnes tudung. Ebook yang bagus dijadikan panduan untuk setiap usahawan muda yang mahu memulakan perniagaan pertama mereka 

Noorulazwaliza Noh 
Penulis Ebook 
www.notabuatemak.blogspot.com